Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata & Laporan JANM (2024)

Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata & Laporan JANM (1)

Apakah tujuan utama seseorang individu itu berhempas-pulas membanting tulang saban hari kalau bukan kerana gaji? Gaji merupakan sejumlah wang atau pampasan tetap yang dberikan oleh majikan kepada pekerjanya yang seringkali dinyatakan dalam sesebuah kontrak pekerjaan, sebagai pertukaran kepada tugasan atau pekerjaan yang dilakukan

Gaji biasanya dibayar mengikut tempoh tertentu samada bulanan, harian dan sebagainya sebagai kos atau kaedah untuk memperoleh dan mengekalkan sumber tenaga manusia bagi tujuan menjalankan serta menjayakan sesebuah operasi. Jumlah gaji yang dibayar kepada kakitangan bergantung pada kadar pasaran bagi mereka yang bekerja dalam industri yang serupa di kawasan yang sama

Untuk membayar gaji kepada kakitangan, sesebuah syarikat perlu menyediakan sekali slip gaji. Hal ini amat penting bukan sahaja kerana slip gaji dapat dijadikan sebagai bukti gaji sudah dibayar, malah ia membantu untuk seseorang pekerja itu membuat pinjaman bank sekiranya mahu membeli rumah, kereta dan sebagainya ataupun bukti masa hadapan semasa mengemukakan borang cukai pendapatan

Oleh itu, bagi kakitangan awam atau kakitangan kerajaan yang ingin membuat semakan “salary slip” secara online boleh menggunakan kemudahan online yang dikenali sebagai e-Penyata Gaji. Sistem yang disediakan secara percuma ini merupakan suatu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) untuk kakitangan awam kerajaan melakukan semakan slip gaji mereka secara atas talian

Sistem e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online Penjawat Awam

Buat makluman semua, sistem e-Penyata Gaji online & Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Jadual Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan sahaja manakala bagi Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terkini sahaja.

Selepas daripada tempoh yang dinyatakan, maklumat akan dikeluarkan daripada sistem secara automatik

Sistem e-Payslip and Report System

Untuk semak, klik Pautan Pintas Portal Rasmi JANM di bawah:

Pendaftaran Pengguna Baru

Untuk menggunakan sistem e-Panyata Gaji JANM buat kali pertama, pengguna pertama kalimendaftar perlu melengkapkan pendaftaran terlebih dahulu. Ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Selepas mengakses laman web di atas e penyata gaji laporan, klik Pertama Kali Mendaftar

Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata & Laporan JANM (2)

2. Lengkapkan bahagian PendaftaranPengguna Barudengan maklumat-maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klikOK

Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata & Laporan JANM (3)

Nota:Nombor gaji boleh didapati dengan menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat bertugas

3. Suatu notifikasi akan dipaparkan sebagai tanda pendaftaran telah berjaya. KlikDaftar Masukuntuk LOGIN ke dalam sistem Gaji JANM

Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata & Laporan JANM (4)

4. Isikan No. Kad Pengenalan/No Pasport serta Kata Laluan yang telah didaftaran sewaktu pendaftaran kali pertama. Sila Klik Daftar Masuk

Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata & Laporan JANM (5)

5. Setelah berjaya masuk, skrin berikut akan terpapar. Kemaskini profil terutamanya e-mel dan nombor telefon untuk membolehkan sistem menghantar kata laluan baru jika pengguna terlupa kata laluan (reset kata laluan)

Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata & Laporan JANM (6)

6. Semak penyata bulanan gaji: Klik Sendiri di bawah Penyata. Pilih Tahun dan Bulan yang dimahukan. Klik butang Cari

Nota: Maklumat Gaji akan dipaparkan sekiranya penyata bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian telah dimuat naik dalam sistem

7. Untuk memaparkan maklumat gaji, klik pada pilihan yang diberikan

8. Pengguna boleh mencetak atau menyimpan penyata tersebut dalam komputer sendiri

9. Semak penyata tahunan gaji: Klik Sendiridi bawahPenyata Pendapatan Tahunan. Skrin akan terpapar seperti berikut. Klik pada pilihan yang ada di dalam untuk melihat maklumat penyata pendapatan tahunan

Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata & Laporan JANM (7)

Lupa Kata Laluan

Berikut dikongsikan langkah-langkah yang perlu dilakukan jika lupa kata laluan:

1. KlikLupa Kata Laluan?

Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata & Laporan JANM (8)

2. Ikuti arahan seterusnya, masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Gaji

3. Pilih Soalan Keselamatan dan masukkan jawapannya untuk memperoleh Kata Laluan Asal

4. Sekiranya lupa, klik Reset Kata Laluan.Kata Laluan sem*ntara akan diberikan menerusi SMS/Emel yang telah didaftarkan

Nota:Pastikan pendaftaran masuk dilakukan menggunakan Kata Laluan sem*ntara dalam tempoh tiga (3) hari, seterusnya tukar Kata Laluan sem*ntara dengan Kata Laluan Baharu

Semakan Salary Slip Di Telefon Bimbit Guna Aplikasi ePayslip JANM

Selain membuat semakan menerusi laman web, rakyat Malaysia juga boleh membuat semakan penyata pendapatan menggunakan aplikasi ePayslip di telefon bimbit masing-masing. Aplikasi ePayslip JANM percuma ini merupakan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) versi mobile

Aplikasi Mobile ePayslip JANM

Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata & Laporan JANM (9)

Berikut dikongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi ePayslip di telefon bimbit dari Google Play Store dan Apple App Store:-

Fungsi Aplikasi Mobile ePayslip

Fungsi ePayslip yang dapat digunakan oleh penjawat awam Persekutuan adalah seperti berikut:

  1. Untuk memuat turun penyata bulanan dan penyata pendapatan tahunan
  2. Mengemaskini profil pengguna (emel dan nombor telefon)
  3. Menyalurkan maklumbalas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat
  4. Menjana penyata untuk membuat pinjaman kewangan
    Nota:Pengguna perlu mempunyai perisian PDF Reader pada peranti mudah alih masing-masing untuk membolehkan proses muat turun dokumen

Maklumat Penting

Berikut dikongsikan antara maklumat yang perlu diberi perhatian berkaitan sistem e-Penyata:

  1. Pengguna Sistem ePenyata dan Laporan terdiri daipada PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN, contohnya Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya TIDAK TERMASUK kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera
  2. Tidak dibenarkan menggunakan wakil untuk mendaftar/mendaftar semula sebagai pengguna Sistem ePenyata dan Laporan
  3. Sekiranya ada sebarang masalah/aduan yang hendak dikemukakan, maklumat yang perlu disertakan adalahNo. Kad Pengenalan, No. Gaji, No. Kod Pejabat PerakaunandanNo. Kod Pusat Pembayar.(Maklumat tersebut dapat diperoleh daripada Unit Gaji tempat bertugas)
  4. Untuk mengemukakan sebarang masalah/aduan, hubungi pihak pentadbir Sistem ePenyata dan Laporan di alamat emel epayslip@anm.gov.my
  5. Jika ada sebarang pembetulan/pindaan ke atas maklumat yang salah dalam Penyata Bulanan Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan seperti nama penuh dalam kad pengenalan, potongan gaji, jantina dan tuntutan elaun, hubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat bertugas

Maklumat Lanjut

Untuk mendapat info lanjut dan jika ada sebarang pembetulan/pindaan ke atas maklumat yang salah dalam Penyata Bulanan Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan seperti nama penuh dalam kad pengenalan, potongan gaji, jantina dan tuntutan elaun, hubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat bertugas

Related : e mel rasmi, turun penyata gaji bulanan, maklumat yang diminta, menjadi tanggungjawab, selepas daripada tempoh tersebut maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem, menyalurkan maklum balas kepada pihak janm berkaitan sistem atau maklumat, semakan e penyata gaji online laporan, sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang ok, no.gaji no.kod pejabat perakaunan no.kod jabatan dan no.kod pusat pembayar, anak dan permohonan bantuan kewangan, untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan, mengemaskini profil pengguna emel dan no telefon sahaja, akauntan negara malaysia janm, menyediakan 4 fungsi ringkas kepada pihak janm berkaitan sistem atau maklumat, menyediakan 4 fungsi ringkas kepada penjawat awam persekutuan iaitu, menyalurkan maklum balas kepada penjawat awam persekutuan iaitu,

Semak Kembali Artikel

  • Sistem e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online Penjawat Awam
  • Sistem e-Payslip and Report System
  • Pendaftaran Pengguna Baru
  • Semakan Salary Slip Di Telefon Bimbit Guna Aplikasi ePayslip JANM
  • Aplikasi Mobile ePayslip JANM
Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata & Laporan JANM (2024)

References

Top Articles
Latest Posts
Article information

Author: Wyatt Volkman LLD

Last Updated:

Views: 6110

Rating: 4.6 / 5 (66 voted)

Reviews: 81% of readers found this page helpful

Author information

Name: Wyatt Volkman LLD

Birthday: 1992-02-16

Address: Suite 851 78549 Lubowitz Well, Wardside, TX 98080-8615

Phone: +67618977178100

Job: Manufacturing Director

Hobby: Running, Mountaineering, Inline skating, Writing, Baton twirling, Computer programming, Stone skipping

Introduction: My name is Wyatt Volkman LLD, I am a handsome, rich, comfortable, lively, zealous, graceful, gifted person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.